My Blog List

Monday, December 27, 2010

surprise...!!!!!!!

lama betul tak update blogg nie...entah kenapa mood nak berblog tak ada...biasalah mula-mula ada blog bukan main rajin update..semalam 26.12.2010 my birthday...wahhh dah tua aku rupanya tapi tak apa still cute lagi..hehe..semalam tak sangka betul my mom wat surprise...masa balik keje semalam tengok-tengak ada cek, mee goreng, agar-agar, kuih muih...tanya kat mk nak buat apa makanan ni banyak-banyak..mak cakap nak bagi makan kat sedara mara..hahh..terkejut aku..ingatkn nak clebrate dengan famly sahaja..baik nya my mom sediakan semua tu..luf u mom...

nie la cek nye....sedap tauu...nyummmmmmm..hehe..thnxxx for surprise nie...



wif my mom...sama-sama cute kan...hehehe..:-))



masa bile ntah budak2 nie ambik pic nie...hihihi

























sepupu n berkupu-kupu...hihihi





sebahagian kenangan yg indah dlm hidupku....

tahun 2010 akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi...semoga tahun akan datang memberi seribu kebahagiaan pada diriku dan juga keluargaku....

tutup cerita lama dan buka buku baru...yg pahit jadikan teladan, yg manis jadikan kenangan....love u

Friday, December 10, 2010

saLahkaH akU TerLalu mEncinTaimu...??

Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu
Jangan tanyakan mengapa kerana aku tak tahu
Aku pun tak ingin bila kau pergi tinggalkan aku
Masihkah ada hasratmu untuk mencintaiku lagi...


salahkah aku mencintaimu...??
salahkah aku...??
menyayangi persahabatan ini....
tak sanggupku meninggalkan semua kenangan...
tp....semuanya sudah terlulis....
'mencintai, menyayangi belum tentu memiliki'

~ kebahagiaanmu kebahagiaanku jua ~

Thursday, December 2, 2010

...dan bila esok...

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya


aku berharap suatu hari nanti kite akan bertemu kembali...biarpun hanya untuk seketika...dan aku doakan yang terbaik buat dirimu...

Wednesday, December 1, 2010

jangan mencari terlalu SEMPURNA.....

Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…… Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …… Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU …. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…… Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Tuesday, November 30, 2010

blackout daa....

wahhh..baru lega dapat on9...bukan nye apa...blackout laa...balik keje petang td mak ckp ''malam nie sedia la lilin tak ada api''...hahh..??nape plk..''tak tengok ke org duk roboh umah tue..habis batang tiang api pn dia sapu''ohh..patut la...bosan gila masa blackout..terlepas nak tgk citer putera katak dan asmara..hehehe..pkl 10 mlm baru ada elektrik..sempat lagi aku tido satu round..hehe..kampung aku skrg ni kerajaan ambik nak wat jalan raya...so, keje2 meroboh umah giat dijalankan...sedih pn ada..bukan apa,dah lama duduk kat kg tue tiba2 semua dah berubah..orang2 yang terlibat pn tak duduk kt kg tue dah...semua dah pindah randah...tinggal la dua tiga umah je..termasuklah umah ku sendiri hehe..nak buat mcm mana kn...demi sebuah pembangunan terpaksalah akur semuanya...skrg umh aku betol2 menghadap jalan raya..kalu dulu tercorok dalam rimbunan pohon2 kayu..aktiviti2 kt umah pn dah terbatas...kereta duk lalu depan umah siang malam...aduhhh...tak tahu la hari2 mendatang mcm mana...dah biasa duduk dalam keadaan aman damai tiba2 keadaan yg agak bingit n bising..sabar je la...ermmm...

Monday, November 29, 2010

malunyerrr.........






hari nie aku dtg keje mcm biasa la...smp je opis de mmber tegur 'lain la fza ari nie' lain..??aku pn tnye la sbb apa..mane la tau kot2 aku pakai baju terbalik ke..tak pn tudung senget..hehe...rupanya diaorg ckp aku lain sbb pakai  baju n tudung warna2 yg terang...hahhh..??terang ke...??rasanye biasa je...sblm nie pn biasa dah pkai tudung oren tue...nape ntah ari nie semua duk pakat tegur...aishhh...malu denn tau...hehehe..ada plk tue siap bagi cadangan suruh pakai warna2 terang sokmo supaya nampak cute..hahaha...lawak btol la ari nie..
nak balik keje td pn ade lagi hok duk menyakat...aduhhh...merah padam wase muka ku ari nie..hehehe...tak pe lah...skali skala...lucu gak wase...

* linda jgn suke ekk....heheheheeh

Sunday, November 28, 2010

mengapa HAWA tercipta saat ADAM tertidur dan HAWA melahirkan saat dirinya terbangun..??

untuk renungan bersama....

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang......:-))

Saturday, November 27, 2010

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu....

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
- Artikel iluvislam.com

ari sabtu.....

ari ni aku datang kerja...dah lama rasenya x dtg kerja ari sabtu...mimpi apa ntah...hehe...bkn apa..cuti ada skit je lg..so, mls nak cuti...settle mana2 kje yg tangguh...n yg paling best leh borak2 n berfb...ngeh3...ari lain bukan x boleh tp terbatas skit...klu ari sabtu line clear...hahaha..:-p

Friday, November 26, 2010

yes....!!!!

akhirnya dapat jgk aku buka blog nie...aduhh...rasa putus asa pn ada..mcm mana org lain boleh aku x boleh buat...haha..permulaan yg baru...aku x pandai sgt bab2 blog nie...baru nk belajar...pe2 yg kurang harap maklum yerk...huhuhu...