My Blog List

Friday, November 30, 2012

penawar kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." SaidatinaFatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)
33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." 

Inilah penawar ringkas yang Nabi  s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak
pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan
kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. 

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

Thursday, November 29, 2012

berbahagialah






Kadangkala, kita TIDAK BOLEH MEMAKSA hati seseorang untuk MENERIMA kita, walaupun kita terlalu BERHARAP dia akan hadir sebagai peneman hidup kita..

Kerana ketentuan dan takdir, Allah telah aturkan bagi setiap hambaNya..mungkin insan yang kita berharap itu LEBIH BAHAGIA dengan insan yang dicintainya..

Apapun, janganlah IRI HATI atau BERDENDAM melihat kebahagiaannya, BERDOALAH agar kebahagiaan yang sedang dia MILIKI itu..mampu juga kita perolehi bersama insan lain..


BERBAHAGIALAH,
Di sebalik semua keluh kesah kita pada KEKURANGAN,
DIA masih membantu kita menjalani hidup penuh KEKUATAN..

Teruslah BERHARAP DAN PERCAYA bahawa, Dia adalah sepertimana sangkaan kita padaNya..
Semoga yang mendatang LEBIH BAIK..
InsyaAllah...❤

Friday, November 9, 2012

tiada rasa !!!!


adakah perasaan itu sudah tiada?atau masih mengharap?untuk apa berharap sesuatu yang sememangnya bukan untukku lagi.walaupun sayapku terluka ku teruskan kehidupan ini.
ku berharap perasaan itu masih ada dalam diriku.insya'Allah.hidup diteruskan walau apa yang berlaku.jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu,atau dibawah payung gelap masa lalu.ayuh bangkit.jangan hidup dalam kesedihan.bangkitlah.
 
Ya Allah..sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu .. Ya Allah , jadikanlah cintaMu perkara yang baik dan paling ku cinta .. aamiin~