My Blog List

Monday, August 26, 2013

doa buat hati yang terluka

Ya Allah,
Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CiNTAMU..
Ameen ya Rabbal Alamin..

copy paste * jangan bersedih apabila di timpa dugaan *  =)

Saturday, August 24, 2013

aku yang dahulu bukanlah yang sekarang

syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang Engkau berikan padaku.aku yang dulu tiada apa-apa nak dibandingkan apa yang aku ada sekarang.walau tiada harta menggunung, emas bertimbung, duit berguni tapi nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang tak tehingga aku dapat.Allah sentiasa ada besama kita walau tiada siapa yang pedulikan.aku yang dahulu terlalu buta menilai cinta manusia yang kadang-kadang sebenarnya penuh dengan tipu muslihat tapi aku yang sekarang behati-hati dalam pemilihan.tak salah memilih asalkan jangan keterlaluan.aku yang dahulu membenci seseorang tapi kini aku memaafkan dirinya.hidup perlu diteruskan miskipun dengan tangisan. Ya Allah YA Rahman Ya Rahim ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini.sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.amin

Monday, May 20, 2013

Nur amni marissa

tahniah atas kelahiran cahaya mata ini..semoga anak ini memberi kebahagian untuk ayah dan ibunya di dunia mahupun di akhirat..amin..tahniah awak..bila la pulak giliran aku kn?menanti, menanti dan terus menanti..insya'Allah

Monday, May 6, 2013

teruskan perjuangan

salam..semua orang dah tahu keputusan PRU13..aku taknak ulas panjang-panjanglah..cuma nak luah apa yang aku rasa..tahniah pada parti yang berjaya dan tahniah juga pada parti yang kalah..ingat kalah bukan sebarang kalah tapi kalah bermaruah..takda gunanya kita menang dengan permainan KOTOR..susah ke nak adakan pilihanraya yang BERSIH?cakap banyak pun tak guna dah..takpa lah menang di dunia belum tentu menang di akhirat..jangan bersedih para pejuang islam..kita telah melakukan yang terbaik..teruskan berdakwah tegakkan agama Allah

Saturday, April 20, 2013

lima minit

Salam..lama rasanya tak update blog ni..ntahlah takde mood..tajuk lima minit..mula-mula tak tahu apa tue lima limit..rupa-rupanya tajuk lagu..sedih la pulak dengar lagu nie..huhu..dengar kata sambungan dari lagu sesaat kau datang..untuk mood macam aku nie sesuai kot dengar lagu nie..daaaa :)




Tiba waktu saat ku nanti akhirnya pasti
Kau lafazkan cinta seribu pengertian
Lima minit yang ku tunggu saat bermakna
Kau kini menjadi milikku selamanya

Friday, February 22, 2013

redha

jika hadir seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bermakna Allah sedang mendidik awak dengan sikap SABAR..jika hati awak disakiti oleh sesiapa, maka DIA sedang mengajar awak erti REDHA..Ya Allah ajarkan aku erti redha dengan apa yang ditetapkan olehMU..

usah peduli dengan kata-kata yang disuarakan kerana kita lebih mengerti akan rasa di dalam hati kita..bahagia itu satu pilihan..jika hari ini belum ketemui bahagia, jangan terlupa akan hari esok..jika hari esok belum kunjung tiba, bersabarlah..ganjarannya di SYURGA janji pada mereka-mereka yang bersabar di jalan ALLAH...insya'Allah..=)

Wednesday, February 20, 2013

mencari penyembuh luka


Sebagai manusia, setiap hari kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia pasti akan merasa sedih mahupun terluka. Itu adalah fitrah kejadian manusia. Namun ramai di kalangan kita yang mencari atau mengambil ubat yang salah untuk mengubat kesedihan.

Allah swt yang menjadikan segala jenis bentuk ujian termasuk kesedihan. Maka sudah tentulah Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah "Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali r.hu dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah saw, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Allah swt berfirman yang maksudnya:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Surah al-Raad ayat 28)

Jadi kenapa kita perlu hebohkan setiap rasa hati yang terluka dan perasaan sedih di media sosial kepada semua teman kenalan?


>>>> Dr Zainur Rashid Zainuddin <<<<