My Blog List

Wednesday, December 26, 2012

disember 26

terima kasih Ya Allah..hari ini genap umurku 28 tahun.terima kasih dengan anugerah yang Kau berikan padaku selama ini.Anugerah kasih sayang keluargaku, sahabat-sahabatku yang paling indah dalam hidupku.walaupun kebahagiaan yang aku cari-cari selama ini tapi aku lupa bahawa kebahagian itu ada disamping aku selama ini.hidup sendirian tanpa teman hidup bukan bermakna aku sendirian tanpa keluarga atau sahabat tapi yang paling penting aku ada Allah.Allah tetap bersama aku walau apa jua keadaaan aku..terima kasih Ya Allah.semoga aku diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan kerana aku tahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya

Saturday, December 1, 2012

zina hati


sungguh zina hati itu memerlukan kekuatan mujahadah dengan perbanyakkan istighfar pada Allah...
Allah pandang pada hati kita...moga hati kita sentiasa bersih drpd sebarang 'kekotoran'..insya'Allah

 

Friday, November 30, 2012

penawar kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." SaidatinaFatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)
33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." 

Inilah penawar ringkas yang Nabi  s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak
pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan
kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. 

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

Thursday, November 29, 2012

berbahagialah






Kadangkala, kita TIDAK BOLEH MEMAKSA hati seseorang untuk MENERIMA kita, walaupun kita terlalu BERHARAP dia akan hadir sebagai peneman hidup kita..

Kerana ketentuan dan takdir, Allah telah aturkan bagi setiap hambaNya..mungkin insan yang kita berharap itu LEBIH BAHAGIA dengan insan yang dicintainya..

Apapun, janganlah IRI HATI atau BERDENDAM melihat kebahagiaannya, BERDOALAH agar kebahagiaan yang sedang dia MILIKI itu..mampu juga kita perolehi bersama insan lain..


BERBAHAGIALAH,
Di sebalik semua keluh kesah kita pada KEKURANGAN,
DIA masih membantu kita menjalani hidup penuh KEKUATAN..

Teruslah BERHARAP DAN PERCAYA bahawa, Dia adalah sepertimana sangkaan kita padaNya..
Semoga yang mendatang LEBIH BAIK..
InsyaAllah...❤

Friday, November 9, 2012

tiada rasa !!!!


adakah perasaan itu sudah tiada?atau masih mengharap?untuk apa berharap sesuatu yang sememangnya bukan untukku lagi.walaupun sayapku terluka ku teruskan kehidupan ini.
ku berharap perasaan itu masih ada dalam diriku.insya'Allah.hidup diteruskan walau apa yang berlaku.jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu,atau dibawah payung gelap masa lalu.ayuh bangkit.jangan hidup dalam kesedihan.bangkitlah.
 
Ya Allah..sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu .. Ya Allah , jadikanlah cintaMu perkara yang baik dan paling ku cinta .. aamiin~

Friday, October 12, 2012

teman pengganti


Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

sedih bila dengar lagu nini..teman pengganti..walaupun lagu ini nak kata jiwang pun tak jugak tapi boleh lah..boleh ke untuk mencari teman pengganti?bagi aku susah..susah nak mencari..macam mencari sebijik mutiara dalam lautan..bila dapat payah untuk aku lepaskan.jika kamu pergi tanpa sebarang sebab, jangan kembali dengan alasan..aku tahu kamu bahagia itu sudah cukup untukku..biarlah aku dengan hidupku..kita tidak memiliki apa apa dan kita juga bukan milik siapa siapa selain DIA..
kita tidak akan pernah melupakan seseorang melainkan Allah ambil ingatan kita..suatu hari nanti apabila kita menemui yang baru, kita tidak akan memikirkan dia tetapi sesekali ingatan pada dia akan datang sebagai KENANGAN TERINDAH



Wednesday, September 19, 2012

suara HATI ini


suara hatiku..bukan menulis kerana nama tapi meluahkan apa yangku rasa..gembira, sedih semuanya ku luahkan..bukan untuk menagih simpati tetapi sekadar berkongsi HATI..hati yang pernah dilukai oleh seseorang yang amatku sayangi..namun semuanya telah berakhir, masa itu tidak akan datang kembali..kadang-kadang terdetik di hati perasaan "itu"..perasaan inginkan kebahagiaan..kebahagiaan yang aku cari-cari selama ini..semoga pencarian ini akan berakhir..insya'Allah..
 
kesunyian..suatu anugerah pada hati yang kesepian..
kesunyian ..suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan..
kesunyian..suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi..

moga KEPAHITAN DAN KESEDIHAN di masa lalu,
menjadi kekuatan terindah buat diriku dan kamu juga..
usah biarkan kedukaan terus menghuni jiwa,
raihlah KEBAHAGIAAN yang ada di sepanjang jalan..

 

Friday, September 7, 2012

janganlah jangan..!!!!


fist time dengar lagu ini semalam..boleh la untuk jiwang-jiwang sekejap..hehe..jom layan lagu kupilih hatimu

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Saturday, September 1, 2012

barakallah

selamat pengantin baru untuk sahabatku zila..semoga ikatan perkahwinan ini membawa seribu rahmat dan barakah daripada Allah s.w.t.maka dengan ini aku single lah lagi hehehe..takapalah..mudah-mudahan akan tiba juga masa itu untuk diriku..sedih jugak sebenarnya bukan sedih sebab tak suka kawan-kawan dah kawin tapi sedih sebab diri ini masih sendiri..huhuhu..percayalah kebahagiaan kamu kebahagiaan diriku juga..wahai pemilik hatiku, aku bersabar menunggu kamu walaupun aku tahu jarak perjalanan amat lah jauh untuk sampai ke sini, bukan mudah untuk kamu menemui aku, bersabarlah..setiap orang sudah ditetapkan jodoh masing-masing cepat atau lambat..aku berserah pada Allah s.w.t..insya'Allah.

Hati ini terlalu berharga..
Bukan untuk dipersia..
Seringkali ada "mata-mata" yang cuba membaca..
Namun, berilah hati pada yang benar-benar tahu menghargainya..:)

Saturday, August 25, 2012

benci or move on





Entah kenapa hati ini begitu sedih.adakah sedih melihat dirinya bahagia?bukankah itu doaku selama ini yang inginkan dirinya bahagia?adakah aku belum ikhlas melepaskan dirinya?kuatkan aku Ya Allah.sesungguhnya hati ini belum kuat untuk menghadapi ujian hidup.


Walaupun kita cakap, kita sudah BENCI DIA or MOVE ON hidup kita..kadangkala, senyap-senyap kita curi-curi ingin tahu BAGAIMANA KEHIDUPAN dia sekarang..mungkin sebab, dia pernah menjadi insan yang PERNAH KITA SAYANG..satu ketika dahulu,
SEJARAH tidak pernah berubah tetapi ianya untuk DIKENANG BUKAN UNTUK DITANGISI..

:: Yang MUDAH DATANG akan MUDAH PERGI juga ::

Saturday, June 23, 2012

kosong


Aku pernah MENCINTAI DIRIMU, walaupun tidak mampu untuk MEMILIKIMU..
Aku selalu MENDOAKAN KEBAHAGIAAN untukmu, walau bahagia itu bukan untukku..

Jika kamu MEMBENCI seseorang itu SEPARUH MATI, ketahuilah bahawa kamu PERNAH MENYAYANGINYA separuh mati..♥♥

p/s : BENAR, kerana itulah harus berpada-pada..BERSEDERHANA itu lebih baik..

Friday, June 15, 2012

kenangan..pergilah sayangku!!!

syukur alhamdulillah..aku diberi pelung untuk bernafas lagi..segala ujian dan dugaan dapat ku tempuhi sikit demi sedikit..walaupun ujian datang bertalu-talu tapi Allah selitkan sedikit rasa bahagia untuk diriku..bulan ini sahaja aku dapat dua berita gembira..pertama aku dapat temuduga SPA dan minggu depan aku akan menduduki peperiksaan untuk memasuki skim perkhidmatan awam..syukur Ya Allah..

'DIA' juga selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya..walaupun sedih aku redha dengan ketentuan illahi..aku tahu apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita KAWAN tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang baru kita KENAL..Allah tahu apa yang TERBAIK buat kita..InsyaAllah

Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri, sebelum mencintai Allah..Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepadaku. Jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku. Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu


Buat yang pernah merasa KEPERITAN cinta:-

Belajarlah untuk kehilangan dia, andai dia bukan jodoh KAMU..
Belajarlah untuk tabah, andai dia pergi dari hidup KAMU..
Belajarlah untuk menerima hakikat, yang dia bukan milik KAMU &
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untuk KAMU..

P/s: Jangan pernah merasa kecewa dengan KISAH lalu,sebaliknya bangkitlah dan mulakan CERITA hidup yang baru..Cinta Allah sentiasa ada buat hamba2Nya..







Tuesday, May 29, 2012

jangan pernah


Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian


Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai


Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?


Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu..


Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas


Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain


Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?


Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya



“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)



Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita

** walaupun hati ini penah kau lukai tapi tidak penah sedetik pun aku berdendam..semoga ikatan perkahwinan kau dan isteri mendapat keredhaan Allah s.w.t..insya'Allah **

Friday, May 18, 2012

tahniah awak..selamat pengantin baru

Hati ini seakan-akan tahu apa yang akan berlaku..hancur hatiku bila menerima kad jemputan perkahwinan dirimu..tak terkata, kelu seribu bahasa..enam bulan tanpa berita tiba-tiba kad ini penganti dirimu..tanpaku sedari air mata membasahi pipiku..Ya Allah, ikhlaskan hatiku melepaskan dirinya..Ya Allah, ajarkan aku erti REDHA tentang segala apa yang telah ditetapkan olehMU.

semoga ikatan perkahwinan yang dibina membawa keberkatan dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah..sesungguhnya aku tidak berdaya melawan takdir yang telah ditetapkan..walau perit aku tetap teruskan hidup ini..selamat pengatin baru..semoga kekal hingga ke akhir hayat..aminn

Saturday, May 12, 2012

saya sayang ibu


kau ratu hatiku..pengubat jiwaku..menemaniku dikala senang mahupun susah..terima kasih mak..kaulah segala-galanya..tanpamu aku tidak dapat melihat dunia ini..pengorbanan yang kau curahkan pada anak-anakmu untuk membesarkan kami tidak akan kami lupakan..pahit getir mak membesarkan kami membangkitkan semangat kami untuk teruskan hidup ini..kau inspirasiku..Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan kedua ibubapaku di dunia mahupun akhirat..kurniakan kesihatan padanya..Ya Allah. ampuni dosa kedua ibubapaku, sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka..berikan aku peluang untuk membahagiakan mereka ya Allah..

saya sayang mak : Rokiah Bt Mat
saya sayang ayah : Abdullah Bin Mamat
saya sayang keluargaku...luv u....muahhhhh

Friday, April 13, 2012

saat itu

aku menunggu saat itu..bilakah saat itu akan tiba dalam hidupku?perasaanku amat sedih dan pilu..sesiapa yang berada dalam situasi ini akan tahu bagaimana rasanya..aku juga impikan kebahagiaan..kebahagiaan disamping insan tersayang, kebahagiaan berkeluarga.itu semua impianku..mampukah aku mencapai kebahagiaan itu?

Ya Allah..cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihaku di dunia dan akhirat..dengarlah rintihan hamba-Mu yang daif ini..jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak..menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup kejalan yang Engkau redhai dan kurniakan kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..Ya Allah..berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan periharalah kami dari azab api Neraka..Amin..amin..ya rabbal'aalamin..

Friday, April 6, 2012

hat!ku m!L!kmu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua..??


Saturday, March 31, 2012

awak..selamat hari lahir !!!


selamat hari lahir awak..semoga Allah swt merahmati kehidupan awak didunia dan juga akhirat..first time saya tak dapat wish birthday awak sejak perkenalan kita dulu..bukan sengaja tapi terpaksa..keadaan sudah berubah..walaupun saya tak wish tapi saya tetap ingat tarikh 31.03....semoga awak bahagia menjalani hari-hari yang mendatang..saya tumpang bahagia melihat awak berjaya dalam karier yang awak idam-idamkan selama ini..itu impian awak..dulu pun masa awak dihabiskan untuk bekerja semata-mata..tiada ruang pun untuk saya..sekarang impian awak terlaksana..jangan sia-siakan..

Friday, March 23, 2012

selamat pengantin baru

masih terkejut..rasa tak percaya pun ada..dah sampai jodoh kan..tahniah buat sahabat-sahabatku..semoaga kekal hingga akhir hayat..giliran aku bila pulak entah la.hampir sebulan aku tak on facebook.banyak benda berubah..status, timeline facebook nya tapi yang aku tak berubah lagi..sesetengah facebook automatik tukar kepada timeline..nasib baik buka facebook kalu tak mybe aku tak tahu korang dah kawin hehehe..tu la gatal sangat nak deactivate account..bukan aku saja-saja ok!!bersebab tau..sebab apa?dot..dot..dot..dirahsiakan..huhuhu

,

Saturday, March 17, 2012

bercintalah untuk bahagia bukan derita

mengapa terus menanti yang tak sudi?
mengapa biarkan hati terus dilukai?
mengapa berharap pada yang tak pasti?

bila hati dibuka untuk cinta manusia, hati juga telah dibuka untuk diluka dan terluka.
bercintalah untuk bahagi bukan derita.
hidup ini penuh dengan kesukacitaan dan pengharapan.
mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, kesedihan sedangkan kita boleh menemukan banyak hal yang indah di sekeliling kita.

   
jangan sesali apa yang telah pergi..
jangan tangisi apa yang telah tiada..
jangan terus menerus menyiksa diri..
jangan terus hanyut dalam kesedihan.
tetapi BANGKITLAH dan BINA kembali apa yang telah tiada..

ikan keli + ikan bawal masak percik


cuti hujung minggu nie rajin pulak nak masak..maklumlah hari-hari lain sibuk bekerja..balik keje makan makanan yang siap dimasak oleh mak je..hari nie cik za masak ikan keli dan ikan bawal percik..jom makan..hehehe..nak cuba masak pun boleh..

bahan-bahan
1) ikan keli dan ikan bawak - dipanggang terlebih dahulu
2) bawang besar, bawang putih, halia - dikisar ( kuantiti terpulang )
3) santan kelapa
4) 2 batang serai
5) lada lumat

cara-cara membuatnya
1) panaskan santan sehinggan kekuningan
2) masukkan lada lumat
3) masukkan bahan yang dikasar tadi
4) masukkan serai
5) garam secukup rasa dan masukkan ikan yang dipanggang tadi..untuk hasil yang sedap lagi semasa panggang ikan diletakkan kuah ikan yang dimasak tadi..

sedapnya..cubalah..hehehe (^_^)

Friday, March 16, 2012

mee rebus cik za


hari ini rasa nak makan mee rebus je..tgk dlm peti ais ada semua bahan-bahan nak masak mee rebus..jom kite masak..simple je..

bahan-bahannya
1) mee lidi / mee kuning - di rebus
2) 1 ulas bawang besar
3) 2 ulas bawang putis
4) sayur-sayauran
5) isi ayam, sutong, udang
6) lada hitam - dikisar/ditumbuk
7) kicap

cara-cara membuatnya
1) tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
2) masukkan air
3) bila air memdidih masukkan isi ayam, sutong, dan udang..didihkan ia sehingga masak
4) masukkan mee dan sayur-sayauran
5) jangan lupa masukkan garam, kicap dan lada hitam secukup rasa

siap...senang je kan..cik za yg tak pandai masak pn boleh buat..hehehe..selamat mencuba okey!!!

hargailah WANITA


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia | iluvislam.com discover the beauty of islam

Thursday, March 15, 2012

Jom join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012



salam semua..malam nie fiza nak join BLOGLIST AYUINSYIRAH..klik banner diatas untuk maklumat selanjutnye okey...(^_^)

Saturday, March 10, 2012

dimana-mana

Dimana ada BENCI, biarlah kita membalasnya dengan sayang....
Dimana ada HATI yang terluka, biarlah kita yang menjadi penyembuhnya....
Dimana ada DUKA, biarlah kita yang menjadi penghiburnya....
Dimana ada PERSELISIHAN, biarlah kita yang merapatkan....
Dimana ada KERAGUAN, biarlah kita yang menyakinkan....
Dimana ada PUTUS ASA, biarlah kita yang menebarkan harapan....
Dimana ada KESEDIHAN, biarlah kita yang berkongsi bahagia...
Dimana ada KEGELAPAN, biarlah kita yang membawa cahaya....

>>> thank you Allah...that you have made me strong..when I'm going through tough times in my life and in the end you have always make things okay <<<<

Friday, March 9, 2012

Tentang Rasa


tentang rasa..rasa apa?rasa sedap..?rasa pahit..?rasa manis..?rasa masam..?terpulang pada anda untuk menilai tentang rasa dalam masakan atau tentang HATI..HATI??hati ada rasa ekk..mestilah ada..kalu tak ada rasa takkan meroyan menangis takala hati dikecewakan ataupun sedih...aku lah tue..hehehe..tapi jangan salahkan hati..salahkan diri sendiri kerana ikutkan perasaan sangat..apa-apa pun aku sayangkan HATI ini...anugerah tak ternilai harganya..

Thursday, March 8, 2012

chenta


 
CINTA sebelum NIKAH
Tidak pernah menjanjikan BAHAGIA,
Tetapi,ia banyak membuat kita MENANGIS dan TERLUKA..
Kerana apa??
Kerana disitu terletaknya MURKA Allah..

Redha Allah bukan terletak pada sejauhmana kita bertaaruf dengan pasangan kita sebelum nikah,
tetapi ia terletak pada sejauhmana kita berjaya menjaga cinta kita sampai syurgaNya..insya’Allah
 
*** untuk bakal suamiku, aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang gah, aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak, dan aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu, bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya…***

Wednesday, March 7, 2012

demam datang lagi

semangat nak kerja xde..ohh..tidakkk..kenapa jadi mcm nie..ermm..badan pun lemah-lemah lagi..mybe kesan dari cirit-birit..semalam selsema satu hari kt opis, igat nak cuti je hari nie siap isi borang cuti lagi semalam alih-alih datang jugak..hehehe.

buka blog sahabat-sahabat tengok diorang main segmen-segmen..wahhh...jelesnye..nak main jugak..hukhuk..:( tapi apakan daya..buka blog pun jarang-jarang je..nak wat banner pn tak pandai...kwang3.:)) siapa pandai??tolong ajar cik za boleh..??hehe

cik za??ermm..panggilan sseorang tukku suatu ketika dulu..cerita dulu..tp sekarang xde cerita dah..xpelah dah jadi kenangan..kenangan ke??huhuhu

Saturday, March 3, 2012

Segmen:Aku Ada Blog






assalamualaikum

hari nie cik za nk try segmen Aku Ada Blog dari Cik Ross @ rossmerahjingga.blogspot.com
apa yg korang perlu lakukan adalah sertakan beberapa maklumat yang diperlukan oleh Cik Ross seperti berikut :

a. Nama samaran sebagai blogger : fiza
b. Nama blog : suara
c. Url blog : http://wwwfirza.blogspot.com/
d. Usia blog korang : 1 tahun 4 bulan

senang je kan..tQ Cik Ross..(^_^)

doakan saya..!!

assalamualaikum...

beberapa hari ini cik za tidak berkesempatan untuk melihat blog dan membaca cerita-cerita sahabat cik za di sebabkan masalah kesihatan tidak mengizinkan..alhamdulillah hari nie cik za beransur sihat..doakan cik za cepat-cepat sempuh...cik za harap sahabat-sahabat cik za sihat dan rindukan cik za yerk..hehehe..sempat lg tue..

Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

buka blog incik ben ashaari ada citer pasal BLOGLIST APRIL 2012..sy tak tahu nk buat mcm mana so, sy cuba-cuba dulu..klu ada rezeki adalah..hehehe

blog sy simple-simple saja..baru nak bertapak dalam dunia blogger dan banyak perkara yg saya perlu pelajari..salam perkenalan....(^__________^)

Tuesday, February 28, 2012

bahagiakah aku ??

Carilah kebahagiaan yang baru,
Bila yang "lama" tidak lagi menyenangkan hatimu..
Mungkin Allah telah pun menetapkan BAHAGIA di akhir jalan cerita kita..


Orang yang paling bahagia adalah mereka yg selalu memberikan KEBAHAGIAAN  kepada orang lain meskipun TERPAKSA MENGORBANKAN kebahagiaan sendiri..


>>>>> BAHAGIA juga subjektif..pada pandangan mata kita tengok orang  lain bahagia sebaliknya mungkin derita..begitu juga kita melihat  seseorang itu tidak bahagia tapi Allah kurnia pada mereka kebahagiaan yang tidak ada pada kita..pokok pangkal HATI..ikhlas menerima dugaan yang Allah berikan..mudah-mudahan aku juga dikurniakan KEBAHAGIAAN di akhir jalan cerita..insya'Allah <<<<<

Monday, February 27, 2012

air mata

Airmata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki, maka hilanglah sifat takwanya..
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat ketabahannya..
Namun,jika airmata itu mengalir kerana takutkan ALLAH,
Maka bergembiralah,
Kerana airmata yg sedikit itu mampu memadamkan api neraka kelak..
 

Saturday, February 25, 2012

puding kasih sayang

wahhh..macam best tgk pic sebelah tue kn..nie la puding kasih sayang..sebelum nie letak nama puding kuah je tapi ari nie nak letak nama..gatal nal letak nama..hehehe

nie lah hasil yg aku buat...sebelum nie makan yang mak buat je..first time buat..ok la..sebab mak ada kt sebelah..klu tak tunggeng terbalik jgk..hehe..

klu nk buat try la..bestt tau..( perasan sedap...hihihi )

bahan-bahan yg diperlukan..
1) tepung kastad
2) 1 tin buah-buahan
3) gula secukup rasa
4) 1 tin susu cair
5) bijik sagu, kismis - untuk hiasan

a) cara buat isi puding
1) tepung kastad, gula dipanaskan dlm bekas
2) kacau sehingga pekat dengan api yg kecil
3) masukkan dalam bekas kecil-kecil

b) cara buat kuah puding
1) air dan gula dimasak
2) susu cair
3) buah-buahan
4) klu nk pekat letak sikit tepung kastad

siapppp..senang je kan..lepas masak biarkan kuah sejuk dan bolehlah letakkan isi puding dalam kuah tadi...nak lg sedap??letak je dlm peti aiss...lg best..yummmm..yummm..

selamat mencuba...(^____________^)

Friday, February 24, 2012

aku, dia dan kamu



sedar tak sedar hampir enam bulan aku tak login blog ku ini..cepat betul masa berlalu...begitu juga dengan kehidupan aku...hampir empat bulan juga aku kehilangan dia..kehilangan 'sahabat' yang aku kenal hampir lima tahun..persahabatan yang aku pertahankan selama ini musnah jua akhirnya...aku tidak menyalahkan dirinya, mungkin kesilapan berpunca dari aku sendiri..perasaan cemburu tidak pernah lari dari hidupku..mana mungkin perasaan cemburu itu hilang dari seorang yang bernama perempuan apatah lagi ketika itu perempuan lain yang meminati dia berkawan denganku..bayangkan perasaanku ketika itu..aku sedaya upaya mengawal hatiku..permulaan perkenalan yang sangat erat..entah kenapa tiba-tiba ia bertukar menjadi musuh apabila tiga hati ini terluka..aku,dia dan kamu..

aku- tiada jodoh aku dan dia
dia - banyak bagi harapan palsu
kamu - aku berterima kasih padamu kerana hadirnya kamu dalam hidupku aku kenal siapa dia yang sebenarnya..tp mengapa kamu sendiri yang memusuhi aku?

tiada lagi berita dari dia dan kamu...adakah dia bersama kamu??kalu benar tahniah aku ucapkan..
untuk dia yang pernah hadir dalam hidupku terima kasih ku ucapkan..lima tahun perkenalan kita aku cukup-cukup mengerti apa erti cinta, rindu, ego, berlagak, sombong..semua itu aku belajar..

semoga aku diberikan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang..insya'Allah