My Blog List

Monday, December 27, 2010

surprise...!!!!!!!

lama betul tak update blogg nie...entah kenapa mood nak berblog tak ada...biasalah mula-mula ada blog bukan main rajin update..semalam 26.12.2010 my birthday...wahhh dah tua aku rupanya tapi tak apa still cute lagi..hehe..semalam tak sangka betul my mom wat surprise...masa balik keje semalam tengok-tengak ada cek, mee goreng, agar-agar, kuih muih...tanya kat mk nak buat apa makanan ni banyak-banyak..mak cakap nak bagi makan kat sedara mara..hahh..terkejut aku..ingatkn nak clebrate dengan famly sahaja..baik nya my mom sediakan semua tu..luf u mom...

nie la cek nye....sedap tauu...nyummmmmmm..hehe..thnxxx for surprise nie...



wif my mom...sama-sama cute kan...hehehe..:-))



masa bile ntah budak2 nie ambik pic nie...hihihi

























sepupu n berkupu-kupu...hihihi





sebahagian kenangan yg indah dlm hidupku....

tahun 2010 akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi...semoga tahun akan datang memberi seribu kebahagiaan pada diriku dan juga keluargaku....

tutup cerita lama dan buka buku baru...yg pahit jadikan teladan, yg manis jadikan kenangan....love u

Friday, December 10, 2010

saLahkaH akU TerLalu mEncinTaimu...??

Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu
Jangan tanyakan mengapa kerana aku tak tahu
Aku pun tak ingin bila kau pergi tinggalkan aku
Masihkah ada hasratmu untuk mencintaiku lagi...


salahkah aku mencintaimu...??
salahkah aku...??
menyayangi persahabatan ini....
tak sanggupku meninggalkan semua kenangan...
tp....semuanya sudah terlulis....
'mencintai, menyayangi belum tentu memiliki'

~ kebahagiaanmu kebahagiaanku jua ~

Thursday, December 2, 2010

...dan bila esok...

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya


aku berharap suatu hari nanti kite akan bertemu kembali...biarpun hanya untuk seketika...dan aku doakan yang terbaik buat dirimu...

Wednesday, December 1, 2010

jangan mencari terlalu SEMPURNA.....

Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…… Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …… Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU …. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…… Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”