My Blog List

Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

buka blog incik ben ashaari ada citer pasal BLOGLIST APRIL 2012..sy tak tahu nk buat mcm mana so, sy cuba-cuba dulu..klu ada rezeki adalah..hehehe

blog sy simple-simple saja..baru nak bertapak dalam dunia blogger dan banyak perkara yg saya perlu pelajari..salam perkenalan....(^__________^)

Tuesday, February 28, 2012

bahagiakah aku ??

Carilah kebahagiaan yang baru,
Bila yang "lama" tidak lagi menyenangkan hatimu..
Mungkin Allah telah pun menetapkan BAHAGIA di akhir jalan cerita kita..


Orang yang paling bahagia adalah mereka yg selalu memberikan KEBAHAGIAAN  kepada orang lain meskipun TERPAKSA MENGORBANKAN kebahagiaan sendiri..


>>>>> BAHAGIA juga subjektif..pada pandangan mata kita tengok orang  lain bahagia sebaliknya mungkin derita..begitu juga kita melihat  seseorang itu tidak bahagia tapi Allah kurnia pada mereka kebahagiaan yang tidak ada pada kita..pokok pangkal HATI..ikhlas menerima dugaan yang Allah berikan..mudah-mudahan aku juga dikurniakan KEBAHAGIAAN di akhir jalan cerita..insya'Allah <<<<<

Monday, February 27, 2012

air mata

Airmata seorang wanita,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki, maka hilanglah sifat takwanya..
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat ketabahannya..
Namun,jika airmata itu mengalir kerana takutkan ALLAH,
Maka bergembiralah,
Kerana airmata yg sedikit itu mampu memadamkan api neraka kelak..
 

Saturday, February 25, 2012

puding kasih sayang

wahhh..macam best tgk pic sebelah tue kn..nie la puding kasih sayang..sebelum nie letak nama puding kuah je tapi ari nie nak letak nama..gatal nal letak nama..hehehe

nie lah hasil yg aku buat...sebelum nie makan yang mak buat je..first time buat..ok la..sebab mak ada kt sebelah..klu tak tunggeng terbalik jgk..hehe..

klu nk buat try la..bestt tau..( perasan sedap...hihihi )

bahan-bahan yg diperlukan..
1) tepung kastad
2) 1 tin buah-buahan
3) gula secukup rasa
4) 1 tin susu cair
5) bijik sagu, kismis - untuk hiasan

a) cara buat isi puding
1) tepung kastad, gula dipanaskan dlm bekas
2) kacau sehingga pekat dengan api yg kecil
3) masukkan dalam bekas kecil-kecil

b) cara buat kuah puding
1) air dan gula dimasak
2) susu cair
3) buah-buahan
4) klu nk pekat letak sikit tepung kastad

siapppp..senang je kan..lepas masak biarkan kuah sejuk dan bolehlah letakkan isi puding dalam kuah tadi...nak lg sedap??letak je dlm peti aiss...lg best..yummmm..yummm..

selamat mencuba...(^____________^)

Friday, February 24, 2012

aku, dia dan kamu



sedar tak sedar hampir enam bulan aku tak login blog ku ini..cepat betul masa berlalu...begitu juga dengan kehidupan aku...hampir empat bulan juga aku kehilangan dia..kehilangan 'sahabat' yang aku kenal hampir lima tahun..persahabatan yang aku pertahankan selama ini musnah jua akhirnya...aku tidak menyalahkan dirinya, mungkin kesilapan berpunca dari aku sendiri..perasaan cemburu tidak pernah lari dari hidupku..mana mungkin perasaan cemburu itu hilang dari seorang yang bernama perempuan apatah lagi ketika itu perempuan lain yang meminati dia berkawan denganku..bayangkan perasaanku ketika itu..aku sedaya upaya mengawal hatiku..permulaan perkenalan yang sangat erat..entah kenapa tiba-tiba ia bertukar menjadi musuh apabila tiga hati ini terluka..aku,dia dan kamu..

aku- tiada jodoh aku dan dia
dia - banyak bagi harapan palsu
kamu - aku berterima kasih padamu kerana hadirnya kamu dalam hidupku aku kenal siapa dia yang sebenarnya..tp mengapa kamu sendiri yang memusuhi aku?

tiada lagi berita dari dia dan kamu...adakah dia bersama kamu??kalu benar tahniah aku ucapkan..
untuk dia yang pernah hadir dalam hidupku terima kasih ku ucapkan..lima tahun perkenalan kita aku cukup-cukup mengerti apa erti cinta, rindu, ego, berlagak, sombong..semua itu aku belajar..

semoga aku diberikan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang..insya'Allah