My Blog List

Saturday, July 30, 2011

Doa-Doa Dalam Bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"
Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam

:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman. 


Selamat menyambut bulan penuh berkat, penuh rahmat...bulan ramadhan al mubarak, semoga kita mendapat rahmat drNya..amin

Friday, July 22, 2011

kau teristimewa untukku

pagi tadi aku buka akaun FB..terlihat status 'mesti ke nak "chat " dan klu kita nmpk "org" tu online tp tak tegur kita..boleh nak jadi sebab utk "merajuk"?status tersebut mcm penah aku alami..aduhh..terkena batang hidung aku la..hehehe..betol..aku tak nafikan bahawa aku akan merajuk kalu 'die' online tapi tak 'chat' dengan aku..entah kenapa la..rasa mcm die sibuk chat dengan org lain je..tp itu dula la..skrg dah biasa dia tak tegur aku..rase mcm pelik plk bila die yg tegur aku..hahaha..
bila agaknya masalah hati ini akan habis..kalau masalah hati tak akan habis sampai bila-bila melainkan hati kita ikhlas menerima segala yang berlaku..bukan senang kan..nak lepaskan org yang kita sayang nie..bermula sbg sahabat lama-lama perasaan bertukar menjadi sayang..kadang-kadang apa yang kita rasa terbaik itu bukanlah elok untuk kita sebenarnya, dan apa yang kita rasa buruk pula tak semestinya buruk untuk kita..kita juga dinasihati supaya jangan terlebih-lebih sayangkan seseorang kerana orang yang paling kita sayang itulah membuatkan hati kita terluka..
sebagai sahabat aku cuba buat yang terbaik untuk kamu..aku ketepikan perasaan aku demi kamu walaupun aku tahu tindakan aku ini salah..salah sebab membiarkan hati aku terus terluka..aku hanya fikir kamu dan aku biarpun kamu ada yang lain..selagi kita boleh berkawan aku akan teruskan persahabatan ini..
aku tidak mengharapkan apa-apa lagi dari kamu..biar masa yang menentukan segalanya..pintu hati aku memang payah nak buka untuk orang lain tapi itu tak bermakna aku tutup pintu hati aku untuk orang lain..yang terindah hanya sementara..kau teristimewa untuk aku..

Wednesday, July 20, 2011

jagalah amanah wali isterimu..

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

 Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


fist time dengar lagu ini sayu hatiku..saat lafaz sakinah..
khas untuk bakal suamiku - biar takde calon lg pn hehehe






Friday, July 15, 2011

untuk lelaki itu..


Kepada Lelaki Yang Mampu Mengusik Jiwaku,
Aku terjatuh cinta padamu tanpa aku rancang dan aku sedari, Aku memberikan nasihat kepadamu bukan kerana aku ingin memilikimu, tetapi agar aku merasa ketenangan itu..Ketika kau dilanda masalah, aku selalu berdiri disebelahmu bukan kerana aku ingin rapat denganmu, tetapi aku ingin mengubat diriku sendiri.

Kepada lelaki yang Berjaya mencuri hatiku,
Aku menerimamu dengan keazaman dan kerana janjimu untuk selalu bersama susah senang. Dalam keraguan aku mempersetujui lamaranmu kerana aku yakin denganmu…
Namun, aku ingin kau faham..aku bukan dia..dan aku bukan penggantinya…aku tidak sama dengannya dan aku tak tahu apa yang kau rasa…Aku mengenalimu sebagai seorang lelaki yang bertimbang rasa, tegas, ambil berat dan menyayangiku…Namun, sekarang aku tidak seperti tidak mengenalimu atau merasakan kehadiranmu….

Untuk lelaki itu,
Maafkan aku kerana lancang berbicara sehingga menyentuh sensitiviti kalbumu, Aku tidak berniat melukakan hatimu atau mengganggu tumpuanmu, Tapi hatiku juga perlu menjaga hatiku, Cukuplah hati ini dilukai berkali-kali, Aku halalkan luka ini, pergilah untuk mencari ketenangan jiwamu..

cuma soalanku…pernahkah aku meminta lebih daripada yang kau mampu? pernahkah aku medahulukan keingananku lebih daripada keperluanmu? pernahkah aku tidak hormat kepadamu dan meninggalkanmu ketika kau berkeluh kesah kepadaku….mengapa kau tidak ingin mendengar suara hatiku, ketika aku benar-benar perlu?

Wednesday, July 13, 2011

saya lepaskan awak..

Redhalah..Redhalah dengan apa yang telah terjadi. Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi..
Kadang-kadang kita terlalu lama mengenangkannya, sehingga kita tidak nampak jalan keluar yang lain. Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat Allah itu terlalu luas. Jangan diketepikan. Itu namanya manusia yang tidak tahu bersyukur.
Jangan kita tergolong di dalam golongan itu. Redalah walaupun ia pahit. Redalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik.

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kita tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah:216)

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanNYA.

Wednesday, July 6, 2011

hari ini...

penat..!!!!!!!!satu hari suntuk menghabiskan masa..tapi berbaloi-baloi..hahaha..first time aku pergi wisma darul iman..duk kt ganu 27 thn doh tp tak penah pergi..hari nie baru je bepeluang..hehehe..nasib baik tak sesat..klu tak malu hooo..ngeh3..

biasa-biasa jumpe gok member2 koloh klu ade aktiviti mcm tue, nie jmpe sorg je..huisss..nape ekk..ntah-ntah diaorg dh kawin sbb tue x jmpe..hehe..aduhhh..malu pn ada tp nk wat mcm mane kn xde jodoh lg..usaha2 dah..huhuhu..ngah duk menanti aktiviti seterusnya tue ada plk org kt belakang aku tue duk brcerita psl boyfriend masing2..panas jgk telinga aku..tp dengar je la dh mmg dengar pn..hehehe..yg tue cerita psl BF die. yg ni duk bercerita BF die..dlm hati aku mcm die je ada BF..ahahahah..alaihai..tak kesian ke kt org yg xde BF lg nie..mcm aku nie..terasa tau..hehehe..xpe2..normal lah tue kn..

tak tahu lah bile plk dpt pergi kt wisma tue lg..kn best dpt keje situ..hohohoo..angan je lebih..tak salah kan..??hehe..harap2 dpt la keje gov. jawatan rendah  pun aku tak kisah..kalu ada cabel boleh gak tumpang-tumpang nie kena usaha sendiri la..dok tahan dah wase kje kt sini..nk lari sgt2..tolongggggggggggg!!!!!
aku berharap sgt dpt kje yg dpt menjamin masa hadapanku..Insya'Allah..mudah-mudahan Allah s.w.t merancanakan sesuatu yg terbaik untuk diriku..amin..^_^

Tuesday, July 5, 2011

kerana aku sayang kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan..Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaanNya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana ♥ kepadamu kerna Allah

Monday, July 4, 2011

~` ada apa dengan facebook ~~

wahh..tibe2 aku rase nk bkak blogg nie..agak lama jgk aku x update..sementara aura datang nie..tulis la ape2 yg wase nk tulis..nk ckp psl hati nie malas dohh wase..wt nyemakk je..td bkak blogg org..best je..mcm2 citer yg diorg citer..aku??ermm..malas lg nk buat karangan..conteng2 kt sini boleh lah..ahahaha..

apa aku nak tulis yerkk..owhh ya..fasal facebook..aku tak tahu lah nape aku ketagih ngn FB..padahal bkan ada ape sgt..ada apa ngn facebook..??mcm tajuk filem lak..hehehe..bkak FB pn bersebab..sebab apa??jeng..jeng..jeng.dirahsiakn ok..haahaha..kalu x bkak sehari mcm setahun je tp bile dah bkak xde ape2 plak..tulah dinamakan VIRUS..virus nie menyerang pd org2 yg angau mcm aku je kot..haha..angau??yea..angau pd kamo0oo...aku je yg angau..kamo0oo xde pn..aku online pn kam0oo mane ada layan aku..sebab tu aku sorg2 je yg angau..hahahaha..cakap xnk tulis psl hati..tibe2 lak tulis..xpelah..wat penuhkan karangan...hehehe

kebanyakan org tulis kt wall semua psl perasaan..gembira, marah, sedih, yg paling byk sekali mood sedih la..mcm aku gak..hahaha..itukan luahan..so, jgn nk prsoalkan ok..hak masing2..nk baca, baca..xnk baca g kt FB org lain..ntah2 sama gak belaka...hehe..baik buruk FB ada belaka..hok baik nye dpt mengeratkan silaturahim..bayangkan aku jmpe kawan lama mase sekolah rendah dlm FB nie la..tgk tue mcm x caye je..tp caye la ini lah kenyataan nye..huhuhu..hok buruk pn byk jgk..klu hok couple2 mesti gaduh2 psl FB..jealous la katakan..mula2 aku ada FB gitu jgk..jealous yg amat sgt..hehe..tue x masuk lg kes laki bini cerai sbb FB..yea lah dlm FB nie la jmpe smula bekas2..bkn bekas makanan ekk..bekas2 kekasih..hehehe..apa lg duk meroyan kt bekas2 tue..ishh..mcm2 citer aku dengar..tp xpe lah fb2 jgk yg penting kite boleh menilai mane yg baik n buruk..kite dianugerahkan akal tuk brfikir, maka gunakan ia sebaik2nya..

yang otak geliga plk jadikan FB tuk cari pendapatan lebih..maksud aku wat prniagaan secara online..wahh ngn aku2 sekali mabuk..hehe..senang shopping online nie..tgk mane yg brkenan pastu order..x ssh pn..setakat nie baru skali aku beli secara online..hahaha.nak berniaga x pandai so, beli je lah ngn org..mcm2 brg diaorg jual.baju, tudung, kain pasang, baju kurung, kasut, beg n mcm2 lg lah..sape2 yg x kuat iman tue confrm beli mcm aku jgk la..hohoho..
  
In a relationship with..nie satu hal gak..perlu ke..??klu yg dh kawin tue x kisah la sgt sbb mmg sah2 diaorg dah kawin tp ada jgk hok gatal2 x kawin kate kawin dah..ntahlah..hak msing2 kn..klu aku ckp x perlu kn salah plk..kena atas btg idung aku sendiri  baru tahu..hahaha...

ok..nk out dlu..ade mase aku update lg..tue pn klu rajin..klu malas 2,3 bln pulak aku bkak..hari tue nk bukak dah tp lupa password..hihihi..biasalah jrg2 bukak..ok2..daaaaaaaaaaaaa:-))))