My Blog List

Friday, July 15, 2011

untuk lelaki itu..


Kepada Lelaki Yang Mampu Mengusik Jiwaku,
Aku terjatuh cinta padamu tanpa aku rancang dan aku sedari, Aku memberikan nasihat kepadamu bukan kerana aku ingin memilikimu, tetapi agar aku merasa ketenangan itu..Ketika kau dilanda masalah, aku selalu berdiri disebelahmu bukan kerana aku ingin rapat denganmu, tetapi aku ingin mengubat diriku sendiri.

Kepada lelaki yang Berjaya mencuri hatiku,
Aku menerimamu dengan keazaman dan kerana janjimu untuk selalu bersama susah senang. Dalam keraguan aku mempersetujui lamaranmu kerana aku yakin denganmu…
Namun, aku ingin kau faham..aku bukan dia..dan aku bukan penggantinya…aku tidak sama dengannya dan aku tak tahu apa yang kau rasa…Aku mengenalimu sebagai seorang lelaki yang bertimbang rasa, tegas, ambil berat dan menyayangiku…Namun, sekarang aku tidak seperti tidak mengenalimu atau merasakan kehadiranmu….

Untuk lelaki itu,
Maafkan aku kerana lancang berbicara sehingga menyentuh sensitiviti kalbumu, Aku tidak berniat melukakan hatimu atau mengganggu tumpuanmu, Tapi hatiku juga perlu menjaga hatiku, Cukuplah hati ini dilukai berkali-kali, Aku halalkan luka ini, pergilah untuk mencari ketenangan jiwamu..

cuma soalanku…pernahkah aku meminta lebih daripada yang kau mampu? pernahkah aku medahulukan keingananku lebih daripada keperluanmu? pernahkah aku tidak hormat kepadamu dan meninggalkanmu ketika kau berkeluh kesah kepadaku….mengapa kau tidak ingin mendengar suara hatiku, ketika aku benar-benar perlu?

No comments:

Post a Comment